Monday, 30 December 2013

Terdapat juga minuman yang dicipta sendiri:

Campuran ketum,coca cola dan ubat batuk

Minuman ini mendapat tentangan keras pihak kerajaan kerana memabukkan,mengkhayalkan dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Di Kedah campuran ini dikenali sebagai Muru manakala di Perlis di kenali sebagai Koroi. Di Selatan Thailand, minuman tenaga seperti Ambroi,M150 dan Calam di tambah ke dalam campuran ini bagi menggandakan kesan mabuk dan stimulasi.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman ini:

                                        Ketum/biak                   Ubat Batuk            Coca Cola                       M150                                      






Nira kelapa rasanya enak menyegarkan, nutriennya juga sangat bermanfaat untuk kesihatan.


Nira mentah dan segar, kaya dengan  berbagai jenis Asid Amino, Vitamin dan Zat Galian. Kesemua nutrien ini adalah semulajadi dan tidak dicemari oleh bahan kimia. 

Nira nipah merupakan minuman asli yang masih mendapat sambutan bukan sahaja dari masyarakat Melayu tetapi juga dari kaum-kaum lain. Di kampung-kampung, perusahaan nira nipah telah memberi hasil atau pendapatan sampingan yang paling menguntungkan.

Khasiat minuman ini, dipercayai antara kelebihan amalan meminum air nira ialah menyejukkan badan, membantu merawat demam dan dan membantu mengurangkan batuk sederhana.

Air nira juga didakwa boleh membantu memecahkan batu karang dan mencuci buah pinggang.


Tuak  ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada Beras Pulut. Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis.
Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.
Air biak@ketum diguna sebagai penawar bagi sakit perut, sakit urat, darah tinggi, kencing manis dll.

Wednesday, 11 December 2013


 

 

        Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok, ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth. 

         Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.