
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok, ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional
sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi
rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual
secara meluas kepada pengguna biasa.
No comments:
Post a Comment